15 saman dikeluarkan kepada pemain Pokemon Go

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, operasi khas itu digerakkan pihaknya selepas mendapat aduan orang awam yang terganggu dengan kehadiran puluhan pemain Pokemon Go berhampiran kediaman mereka.

“Saman itu dikeluarkan selepas pemain Pokemon Go ini mengganggu pengguna jalan raya lain dengan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Related Articles