15 jam, 30 anggota SPRM kira wang rampasan RM52j, pengarah, timbalan direman 7 hari

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dirampas SPRM sejak 49 tahun penubuhan agensi tersebut.

Katanya, wang tersebut memerlukan tempoh selama 15 jam untuk dikira membabitkan 30 anggota.

“Jumlah ini hanya wang tunai. Kami masih belum dapat jumlah yang tepat untuk nilai kesemua barang kemas yang dirampas,” katanya.

Dalam pada itu Mahkamah Majistret di Kota Kinabalu mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula Rabu terhadap dua individu berkenaan bagi membantu siasatan membabitkan pecah amanah melebih RM100 juta.

Perintah tersebut turut dikeluarkan terhadap adik kepada timbalan pengarah itu yang bergelar Datuk serta seorang akauntan bagi memudahkan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan SPRM yang dijalankan sebelum ini berjaya membongkar aktiviti jenayah tersebut yang dipercayai dilakukan suspek sejak tahun 2010.

Malah dalam serbuan yang dilakukan semalam, pihak berkuasa itu berjaya menemui wang tunai sebanyak RM15 juta di pejabat dan kediaman pengarah tersebut dan timbalannya.

Sementara itu, menurut sumber, SPRM telah menyita akaun milik pengarah, timbalannya dan Datuk berkenaan yang mempunyai dana sebanyak RM62 juta.

Turut disita adalah tujuh buah kenderaan mewah Range Rover, Audi V6, Ford Ranger, Mercedez Benz dan BMW, Lexus, memetik laporan Utusan Online.

 

Related Articles