Menurut sumber, 10 daripada mereka dibebaskan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu; tiga di Mahkamah Majistret Lahad Datu manakala seorang di Mahkamah Majistret Tawau.
Katanya, di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, mereka yang dibebaskan terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah, seorang juruteknik dan seorang pegawai kerja air.
“Di Mahkamah Majistret Lahad Datu, mereka yang dibebaskan adalah seorang jurutera bahagian dan dua orang juruteknik.
“Manakala di Mahkamah Majistret Tawau pula, seorang pegawai jurutera dibebaskan daripada tahanan reman,” katanya memetik Utusan Malaysia.
Sumber menambah, kesemua jurutera daerah dan bahagian dibebaskan dengan jaminan SPRM RM200,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin setiap seorang.
Ujarnya, juruteknik, pegawai jurutera dan pegawai kerja air pula dibebaskan dengan jaminan SPRM RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin setiap seorang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara berkenaan.