(Terkini) Jumlah maut kini 14, 16 cedera bas ekspres jatuh gaung di Muar

Manakala 16 lagi cedera dalam kejadian pukul 3.59 pagi itu, bas ekspres yang membawa mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 20 kaki ke kawasan curam.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi. “Sebuah jentera dan sebuah kenderaan ERMS bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pada masa sama, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan ke lokasi sama. Selain itu, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah seorang pegawai dan lima anggota bersama sebuah jentera.

“Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan.

“Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan,” katanya memetik laporan BH Online.

 

Related Articles