13 daripada 14 didapati bersalah ceroboh Lahad Datu

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.

Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Hakim Stephen Chung dijangka menjatuhkan hukuman terhadap kesemua 13 tertuduh itu selepas mereka membuat rayuan terhadap hukuman masing-masing Selasa.

Beliau juga akan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa individu yang telah mengaku bersalah pada Februari tahun ini.

Related Articles