11 loji rawatan air di 4 negeri terjejas El Nino

Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Dr N. Marimuthu berkata, loji yang terlibat iaitu sebuah di LRA Timah Tasoh, Perlis; tiga LRA di Lubuk Kawah di Temerloh, Lipis dan Chini dekat Pahang.

“Selain itu, tiga LRA di Bukit Tupah, Merbuk dan Gurun di Kedah, empat LRA di Johor iaitu Sungai Gembut dan Lok Heng di Kota Tinggi serta Tenglu di Mersing turut terjejas,” katanya dalam kenyataan media sempena lawatannya ke Empangan Bukit Merah di Bagan Serai, pada Jumaat.

Beliau berkata, SPAN telah meluluskan permohonan bekalan air berjadual di Mersing dan Kota Tinggi di Johor kerana empat loji rawatan air mengalami kekurangan air terawat antara 38 peratus hingga 67 peratus.

“Pelaksanaan bekalan air berjadual ini membabitkan 16,301 akaun penggunaan atau 81,505 pengguna di dua daerah itu. Pengguna akan mendapat bekalan air selama sehari dan terputus bekalan selama dua hari secara bergilir,” katanya. – Bernama

Related Articles