17
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.
“Mereka ditahan semalaman dan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kami masih menyiasat kes itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya, memetik mStar Online.
Dilaporkan bahawa 10 individu ditahan manakala seorang lagi wanita bertindak menyerah diri kepada polis pada Jumaat lalu.
Pada Khamis, polis mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kekecohan berkenaan termasuk Firdaus Tajuddin, anak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.