1.6 juta kg minyak masak bersubsidi diseludup

Anggaran itu berdasarkan 1,500 kilogram minyak masak dalam peket satu dan dua kilogram dikenal pasti diseludup menggunakan kira-kira 50 kenderaan pikap ke negara jiran dalam sehari.

Jumlah tersebut tidak termasuk penyeludupan yang berlaku di pintu masuk sempadan di Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber, kegiatan tidak bertanggungjawab itu di­dalangi oleh dua sindiket yang aktif di negeri tersebut.

Jelasnya, dua sindiket tersebut dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil aktiviti penyeludupan serta menyeleweng subsidi kerajaan sejak 2013.

“Ahli dua sindiket tersebut juga dipercayai hidup dengan kekayaan di luar kemampuan apabila mampu memiliki rumah dan kenderaan mewah,” kata sumber itu, memetik Utusan Malaysia.

Sumber itu memberitahu, walaupun telah tiga tahun menjalankan aktiviti haram itu, ke­dua-dua sindiket tersebut tidak pernah berdepan sebarang tindakan kerana dipercayai terdapat ‘orang dalam’ yang melin­dungi kegiatan mereka.

Tambahnya, mereka juga me­milih untuk menjadikan Kom­pleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Wang Kelian sebagai laluan untuk menyeludup bekalan bersubsidi terbabit kerana kenderaan pikap milik sindiket mudah keluar masuk dengan bantuan pe­nguat kuasa yang bertugas di pos pemeriksaan.

“Setakat ini masih belum ada penguat kuasa yang dikenakan tindakan, namun agensi pe­ngu­at­kuasaan di CIQ Wang Kelian sedang dipantau dan tindakan susulan bakal menanti mereka,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan penyeludup mi­nyak masak bersubsidi di Wang Kelian hanya perlu mencampak­kan kotak rokok berisi duit untuk melepasi pemeriksaan pihak berkuasa.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, kesemua minyak ma­sak akan ditimbus dengan barangan lain seperti bawang dan selepas me­nge­cap pasport di CIQ, mereka akan masuk ke Thailand bersama ratusan kilogram mi­nyak masak berkenaan untuk diserahkan kepada ketua sindiket sebelum dijual mengikut permintaan.

Sebelum ini, akhbar turut melaporkan kekurangan bekalan minyak masak didapati berlaku di keba­nyakan kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara sejak beberapa hari lalu sehingga me­nimbulkan keluhan ramai pengguna serta peniaga makanan.

Minyak masak bersubsidi keluaran Malaysia yang se­me­mang­nya diakui berkualiti dikatakan mendapat per­mintaan tinggi dalam kalangan penduduk di kawasan selatan negara jiran seperti wi­layah Na­rathiwat dan Pattani.

Related Articles