Daripada jumlah itu, sebanyak 1,295 kematian akibat tidak memakai topi keledar manakala 158 lagi akibat tidak mengikat tali keledar.
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), selain golongan dewasa, antara 500 dan 1,000 orang kanak-kanak turut maut atau cedera setiap tahun kerana tidak mendapat perlindungan topi keledar ketika membonceng motosikal.
Ini berlaku akibat kecuaian ibu bapa mereka sendiri mengabaikan keselamatan anak sendiri
Malah ibu bapa tidak menunjukkan contoh baik kepada anak apabila mereka sendiri tidak mengenakan topi keledar keselamatan ketika menunggang motosikal.
Menurut kajian yang dijalankan penyelidik UPM, sebanyak 97% kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak mendapat perlindungan keselamatan sepenuhnya. –Makkal Osai