Zunar pertahan karya dipamer di Geneva

Zunar berkata, beliau menyertai pameran tersebut berikutan jemputan yang diterimanya daripada Datuk Bandar Geneva serta satu pertubuhan yang dinaungi oleh bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Jika menteri mempertikaikan tindakan saya, adakah mereka melihat sendiri 10 karya saya yang dipamerkan tersebut?

“Orang ramai yang terdiri daripada masyarakat luar negara yang datang mengunjungi pameran itu rata-rata memberikan maklum balas yang mereka telah mengetahui mengenai isu-isu rasuah di negara ini. Jadi mereka (kerajaan) yang memalukan negara dan bukannya saya,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, tindakan Zunar tersebut disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Menurut Zunar, sekiranya beliau menafikan mengenai gejala rasuah yang menular di negara ini, ia seolah-olah seperti memalukan dirinya sendiri berikutan cuba mengelak daripada kebenaran.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia