Zizou letak Real Madrid di puncak kejayaan

Kurang lima bulan selepas mengambilalih skuad kendalian Rafa Benitez, Zidane atau Zizou membawa Real Madrid kembali berada di puncak bola sepak Eropah seperti lazimnya.

“Apabila kamu memiliki pemain berkaliber, kamu boleh mencapai banyak kejayaan,” kata Zidane.

“Ia berkaitan semangat positif. Bagaimana kamu menyatakannya? Saya yakin dengan usaha yang banyak.

“Kami memiliki kualiti, usaha gigih amat penting dan itulah yang kami lakukan. Kami semua sudah melakukan tugas yang bagus.”

Madrid meraih kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 ke atas Atletico Madrid di pentas final Liga Juara-Juara selepas terikat 1-1 di masa tambahan, sebentar tadi turut membawa Zidane kembali berada di puncak saingan.

Dia pernah mengemudi Perancis meraih kejayaan di Piala Dunia dan Kejohanan Eropah selain menjaringkan voli kaki kiri bagi membolehkan Madrid meraih gelaran Eropah kesembilan pada tahun 2002 ketika menewaskan Bayer Leverkusen.

Zidane juga menjuarai kejohanan ketika menjadi penolong jurulatih kepada Carlo Ancelotti dua tahun lalu – pada waktu itu turut berdepan Atletico di pentas final.

Presiden Madrid, Florentino Perez turut menyamakan Zidane dengan pemain legenda kelab itu, Alfredo Di Stefano yang pernah mengemudi pasukan meraih gelaran kelima berturut-turut pada tahun 1956 hingga 1960.

“Saya menghargai kata-kata presiden. Apapun, Di Stefano tetap Di Stefano,” kata Zidane.

“Saya gembira kerana menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini untuk tempoh yang lama.

“Pada awalnya selaku pemain, kemudian penolong jurulatih dan kini ketua jurulatih. Saya sangat berbangga kerana berada dalam keluarga ini.” – AP

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2