Zizan jumpa ‘anak dara’

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Zizan menulis kapsyen berbunyi:

“Alhamdulillah… demi ibu yang tercinta yang mengidam makan NASI LEMAK ANAK DARA dan sempena dengan ZIZAN RAZAK ANAK TERUNA TERENGGANU.. Zizan dibelanja oleh @sitihajjar_ahmad terima kasih daun pisang.. #merempit #y15zr #agv #rossi #nasilemakanakdara.”

Zizan menjelaskan beliau ke sana untuk membeli nasi lemak anak dara yang ingin dicuba oleh ibunya.

Bagaimanapun, beliau diberikan nasi lemak itu secara percuma oleh Siti Hajjar Ahmad.

Kesempatan itu juga digunakan Zizan untuk ‘berselfie’ dengan gadis penjual nasi lemak yang menjadi viral di media sosial.

Foto yang dimuat naik sejak 3 jam yang lalu menerima likes lebih 36.8 ribu oleh pengguna laman sosial dan peminat Zizan sendiri.

Walau bagaimanapun, foto yang dikongsi oleh Zizan melalui Instagramnya mengundang pelbagai ekspresi lucu dan lawak daripada peminatnya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran