Zeti, Abu Kassim dapatkan nasihat peguam

Turut dinamakan dalam laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Selasa adalah bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya,” kata Zeti kepada pemberita, ketika ditemui di Kuala Lumpur, malam tadi.

Abu Kassim juga dilaporkan berkata “Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok.”

Memetik laporan Bernama, Gani berkata, dakwaan berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

“Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas,” katanya.

Dalam laporan polis tersebut, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga individu itu disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri