Zainuri maut dalam pertempuran di Syria

Zainuri, 50, atau digelar Abu Talha dipercayai maut akibat terkena bom dalam pertempuran di Syria pada pukul 12 malam semalam waktu Malaysia.

Namun kesahihan laporan dan identiti dua lagi rakyat Malaysia yang turut terbunuh dalam pertempuran tersebut tidak dapat dipastikan.

Seorang ahli keluarga Zainuri yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka dimaklumkan mengenai perkara itu daripada rakan Zainuri yang berada Syria pada kira-kira pukul 1 pagi ini.

Menurutnya, mereka yakin maklumat yang disampaikan itu adalah benar dan percaya Zainuri sudah meninggal dunia.

“Kali terakhir Zainuri menghubungi kami kira-kira seminggu lalu. Dalam perbualan terakhirnya, dia memberitahu ‘sudah sampai masanya untuk dia pergi’,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bota Kiri.

Zainuri dipercayai ke Syria pada tahun 2014 untuk menyertai kumpulan militan Daesh di negara itu.

Dia yang merupakan Ketua Sayap Daesh, Unit Katibah Nusantara di negara itu dilaporkan menerusi satu rakaman video mendakwa akan melancarkan serangan di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan kematian Zainuri.

Sebelum ini, beberapa rakyat Malaysia yang menyertai Daesh di Syria terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Bashar al-Assad di negara bergolak itu.

Antara yang terkorban ialah Muhammad Afiq Heusen Rahizat, 25, atau digelar Abu Dubais dari Kluang, Johor, Mohd. Lotfi Ariffin, 46, meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran.

Dua lagi yang maut ialah Zainan Harith, 52, atau Mat Soh juga dikenali Abu Turab yang mati dibedil kereta kebal Bashar al-Assad dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Iraq dan Syria, memetik laporan Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia