Pelari kelahiran Pulau Pinang yang berlumba pada saringan kelapan pusingan pertama acara itu mencatat masa 12.62 saat (s) untuk menamatkan pecutan di tempat kelapan dan terakhir.
Saringan kelapan itu dimenangi English Gardner dari Amerika Syarikat yang merakam kepantasan 11.09s, diikuti Carina Horn dari Afrika Selatan (11.32) dan ketiga atlet Bulgaria, Ivet Lalova-Callio (11.35).
Secara keseluruhan, Zaidatul yang layak beraksi atas tiket ‘wildcard’ menduduki tempat terakhir daripada 64 pelumba yang beraksi pada saringan pusingan pertama itu.
Malah catatannya jelas jauh tersasar berbanding 12.12s yang dilakar di saringan pusingan kelayakan yang berlangsung pada sebelah pagi Sabtu. – BH Online