Beliau dikatakan tidak berminat untuk bertanding atas tiket PAS sebaliknya bersedia untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan jika diberi peluang.
Laporan mengatakan beliau dijangkakan bertanding di Johor Bharu atau Kota Bharu pada PRU kali ini.
Ramalan mengatakan DAP berminat untuk mengambil Zaid sebagai calon mereka untuk menguasai sokongan undi kaum Melayu di Johor.
Skudai termasuk dalam kawasan Parlimen Gelang Patah yang disandar oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Zaid dijangka memberi ucapan di kawasan tersebut pada Sabtu ini dan akan mengumumkan parti mana yang akan disertai kelak.
Pada tahun 2010, Zaid bertanding di Hulu Selangor dan tewas kepada calon Barisan Nasional P. Kamalanathan. – Malaysia Nanban