Zahid dakwa usaha jatuhkan beliau didalangi NGO

Katanya, beliau sudah mengenal pasti parti politik dan NGO terbabit.

“Usaha (menjatuhkan) bukan dari dalam apatah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

“Memang jadi tugas pembangkang untuk menjatuhkan mana-mana calon BN tapi di Bagan Datuk, mereka gunakan NGO dan kumpulan untuk tentukan saya ‘tercabut’ dari akar sokongan,” katanya.

Jelasnya, pendedahan mengenai gerakan itu sebelum ini dibuat olehnya semasa menyampaikan ucapan di hadapan ahli parti komponen BN bagi memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati dan sentiasa bersiap-sedia.

“Walaupun itu (pendedahan) dalam majlis, saya memberitahu (perkara itu) bersama-sama komponen dalam BN.

“Maksudnya, saya mengingatkan komponen parti BN, bahawa usaha (menjatuhkan saya) datang dari luar dan kita harus mempertahankan diri dan bersiap siaga dalam menghadapi apa sahaja serangan pihak pembangkang yang menggunakan organisasi dan individu tempatan untuk merobek segala sokongan yang diberikan kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan calon-calon BN yang akan bertanding di kerusi DUN dan parlimen di Bagan Datuk,” katanya. –Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal