Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penggunaan kata-kata kesat yang dihamburkan Zaharin terhadap Presiden UMNO kerana tidak memberi sebarang bantuan sepanjang penglibatannya di dalam politik UMNO.
“Sekarang ini dia (Zaharin) tengah lapar. Ibarat harimau lapar yang akan mengaum terkam sana sini, supaya ada pihak lain memujuknya dan diberi makan seperti sebelum ini. Ini sahaja realiti orang yang bernama Zaharin ini.
“Kalau lapar pun datang jumpa saya pun boleh, saya bagi makan. Selama duduk di Malaysia ni saya tak pernah dengar orang Malaysia mati kerana tak makan. Tapi mati kerana terlebih makan,” katanya seperti dilapor sebuah portal.
Sehubungan itu katanya, beliau kecewa melihat telatah seorang ‘datuk’ yang berusia 70 an menyebut perkataan yang tidak sepatutnya terhadap kepimpinan utama negara.
Katanya, caci maki bukan budaya masyarakat Melayu yang penuh adab sopan dan tata susila.
“Perkara ini mendukacitakan saya dan orang Melayu keseluruhannya. Seharusnya bagaimana marah sekalipun Zaharin terhadap PM ini bukan caranya. Ini bukan budaya masyarakat negara ini,”ujarnya lagi.
Terdahulu, dalam video berdurasi 15 minit itu, Zaharin menggunakan kata-kata kesat menyerang Perdana Menteri.
“Seperti mana kata (Datuk Seri) Azeez Rahim, aku tak faham dengan Zaharin ni banyak dah aku bantu. Kepala butuh Najib Razak pernah bantu aku.
“Aku (sebenarnya) nak tolong kau tau, aku nak naikkan kau Najib Razak (kerana) aku bekerja untuk jadikan kau Perdana Menteri,” ujarnya.
Zaharin yang juga merupakan ketua UMNO Cawangan di Bandar Tun Razak itu turut menyifatkan ahli Puteri Umno sebagai GRO yang tidak mempunyai maruah kerana mengkritik statusnya di laman Facebook.