Yusof Haslam tidak sertai FFM tahun hadapan

Terkilan dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Yusof yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) membuat keputusan untuk tidak lagi terbabit dalam penganjuran FFM pada masa akan datang.

“Saya beremosi tadi apabila ramai pihak menuding jari dengan mengatakan ada berlaku kepentingan peribadi apabila filem anak saya dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik.

“Saya tak tahu pun siapa juri sebenarnya. Selepas ini biarlah orang lain yang uruskan. Tak mahulah nanti saya dituduh ada konflik peribadi memandangkan saya masih aktif dalam penerbitan filem,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu berakhir.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Pansha.

Pada majlis itu, Yusof diasak dengan soalan rata-ratanya daripada kalangan penggiat seni yang mempertikai ketelusan PFM sebagai penganjur FFM 28.

Sementara itu, Kamil menyifatkan majlis menyuarakan cadangan itu mencapai sasaran dan beliau berpuas hati dengan maklum balas diterima.

Kamil berkata, FINAS terbuka dengan pelbagai cadangan untuk menambah baik penganjuran FFM pada masa akan datang. –BH Online

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran