Pelajar tersebut cuba mempersoalkan mengenai yuran pengajian perubatan di Malaysia yang didakwa tinggi, namun jawapan yang diberikan Dr Zakir, yuran pengajian perubatan di Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan negara lain di dunia.
Menurutnya, kebiasaan beliau sebagai seorang doktor untuk melatih pelajar perubatan yang mana kerajaan harus membelanjakan ratusan ribu ringgit.
“Kebiasaannya kebanyakan negara di dunia ini, kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan.
“Ini datang daripada kouta sokongan kerajaan dan saya percaya walau kerajaan malaysia sekalipun, ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti kiranya anda tidak mendapat merit yang disyaratkan,”katanya.
Menurutnya, begitu juga yang berlaku di India. Jika kita tidak mendapat merit yang disyaratkan dan tidak mendapat ‘score’ yang diperlukan dalam fizik, biologi dan sebagainya, masalahnya atas diri kita sendiri, bukan atas kerajaan.
“Jadi jika saya pergi ke kolej kerajaan sekalipun, itu adalah fakta, bahawa kerajaan tidak memberi subsidiari kepada kolej swasta, kerajaan hanya memberi subsidi kepada kolej kerajaan. Itu lah yang berlaku di India.
“Saya cabar anda untuk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dolar” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji Malaysia yang mempunyai sistem Baitulmal (zakat) dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk tidak menyalahkan kerajaan.
“Tolong jangan menyalahkan kerajaan anda. Kerajaan anda adalah bagus,”ujarnya.
Terdahulu, Zakir dalam jawapannya menerusi soalan yang dikemukakan menjawab, beliau tidak tahu mengenai kerajaan ini (Malaysia).
“Tetapi satu perkara yang saya tahu mereka (kerajaan Malaysia) telah memberikan penghargaan buat saya. Kerajaan anda telah memberikan anugerah kepada saya. Saya tidak tahu mengapa mereka memilih saya. Namun, saya hargai mereka (kerajaan Malaysia) yang menghargai saya. Jadi saya mengucapkan ‘jazakalllah’ (Semoga ALLAH memberi atau menambah kebaikan) buat mereka,”ujarnya.