Yuna terpilih nyanyi lagu Olimpik

Lagu yang berjudul The Fire itu turut akan dinyanyikan bersama penyanyi lain iaitu Diogo Nogueira dari Brazil, Nneka dari Nigeria serta Corrine Bailey Rae dari Britain.

Menerusi laman Facebook milik penyanyi itu, Yuna berkata, dia berbesar hati dapat bersama-sama menyanyikan lagu itu.

“Saya begitu berbesar hati untuk menjadi sebahagian kempen mereka. Ia adalah menyeronokkan dapat bekerja dengan mereka untuk lagu ini,” katanya.

Yuna kini makin mendapat tempat di Amerika Syarikat dan terbaharu lagu dendangannya bersama Usher, berjudul Crush berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R &B Songs di AS minggu ini.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran