William Mawan sedia pertahan kerusi Pakan

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu terpulang kepada ketuanya, pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Tan Sri Adenan Satem.

“Setakat ini, ia masih belum jelas sama ada saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi negeri saya . Saya masih menunggu, dan jika beliau (Adenan) kata saya kekal (barulah) saya akan berlawan (bertanding),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian geran 2016 di yayasan sarawak di Kuching semalam.

Mawan yang juga menteri pembangunan sosial sarawak berkata wujud keperluan untuk memperluaskan pilihan calon-calon bagi menggambarkan ia adalah satu keputusan terbaik dan apa yang harus mewakili BN di peringkat bawah.

Sementara itu, ketika mengulas arahan Adenan kepada para pemimpin daripada dua parti mesra BN itu, (TERAS dan Parti Rakyat Bersatu (UPP)), yang dicalonkan sebagai calon langsung BN untuk meletak jawatan daripada parti mereka, beliau berkata TERAS akan mematuhinya.

“Jika ia adalah satu kemestian atau ia diperlukan atau sebagainya, kita perlu mematuhinya jika kita mahu berada dalam (pasukan) BN,” kata MAwan yang juga anggota Parlimen Saratok.

Sementara itu, Adenan berkata beliau yang akan membuat keputusan nanti mengenai siapa yang akan menjadi timbalan ketua menteri Sarawak seterusnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah akan menjadi timbalan ketua menteri seterusnya memandangkan beliau telah dicalonkan untuk bertanding di kerusi Bukit Saban pada pilihan raya negeri akan datang.

“Beliau (Uggah) akan bertanding di Bukit Saban, sebaik sahaja beliau dipilih, beliau akan melepaskan jawatan sebagai menteri persekutuan dan saya yang akan membuat keputusan kemudian (untuk melantik Uggah sebagai timbalan ketua menteri),” kata beliau.

Adenan merangkap pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata demikian pada sidang media untuk mengumumkan 11 orang lagi calon BN bagi pilihan raya negeri ke-11 termasuk tiga calon langsung BN bagi kerusi Serembu, Bukit Semuja dan Mulu.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos, dalam satu kenyataan berkata Adenan telah membuat keputusan yang amat baik dan bijak memilik Miro Simuh, 43, bertanding di Serembu dan John Ilus, 52, di Bukit Semuja.

Beliau berkata kedua-dua calon tersebut masih muda dan berkelayakan serta mempunyai potensi dan masa untuk menonjol dan membuktikan diri mereka dalam BN.

“Ketua menteri melakukan perkara yang betul menggunakan formula langsung BN bagi Serembu dan Bukit Semuja, kedua-dua kawasan yang menjadi perebutan di kalangan parti komponen BN dan juga tokoh-tokoh penting,” kata Minos.

Beliau berkata, kaedah secara langsung BN menghalang pertikaian dalaman yang boleh menjejaskan BN dalam pilihan raya. – Bernama

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai