Hukuman ke atas dua kolumnis akhbar harian pembangkang Cumhuriyet itu, mengetatkan lagi amaran berhubung kebebasan akhbar di Turki di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menjadikan Islam sebagai asas politik beliau.
“Wartawan itu masing-masing dihukum dua tahun penjara,” kata peguam kepada Hikmet Cetinkaya dan Ceyda Karan, Bulent Utku.
“Kami akan merayu di Mahkamah Rayuan,” kata Utku kepada AFP selepas perbicaraan di mahkamah jenayah di Istanbul.
Pasangan itu dihadapkan ke mahkamah pada Januari tahun lalu atas tuduhan “menghasut kebencian awam” dan “menghina nilai-nilai agama” selepas menyiarkan kartun kontroversi itu di dalam ruangan mereka. – Agensi