Warisan belum tetapkan sekutu

Shafie berkata, fokus utama Warisan adalah untuk menumpukan perhatian bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Kita tengok macam mana (kerjasama) kerana fokus buat masa ini adalah untuk menumbangkan UMNO dan BN.

“Kita akan tengok macam mana berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Parti Warisan Sabah telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan menggunakan nama singkatan Warisan.

Sehubungan itu, Shafie memaklumkan bahawa beliau amat berpuas hati dengan ROS yang telah memberi kelulusan kepada kepada parti baru di Sabah tersebut.

“Saya ingin jelaskan sekali lagi yang ini bukan parti baru cuma terdapat pindaan nama dan bentuk logo,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie memaklumkan bahawa bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin tidak akan menyertai Warisan memandangkan beliau bakal menubuhkan sebuah parti baru selepas ini.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan parti lain di Sabah, Shafie berkata pihaknya belum menetapkan mengenai hal tersebut dan apa yang penting adalah bagi menundukkan Umno – BN.

“Sesiapa yang mempunyai matlamat sama dengan Warisan, ‘why not’,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri