Wanita berusia 79 tahun itu tersepit setelah tergelincir dan usaha mengeluarkan mangsa oleh ahli keluarganya gagal lalu menghubungi pihak bomba untuk bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Mohd. Fauzi Hashim berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.13 pagi.
Katanya, semasa tiba di rumah mangsa, wanita tersebut berada dalam keadaan terbaring menghadap bahagian dinding.
“Anggota terpaksa mengumpil dan mengalihkan mangkuk tandas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya, memetik Utusan Online.