Warga emas nyanyuk di Jepun dapat pelekat kod imbasan

Pesakit ini akan diletakkan tanda pada jari tangan dan kaki mereka dengan kod bar imbasan.

Sebuah syarikat di Iruma, utara Tokyo, telah membangunkan pelekat kuku kecil, yang setiap satunya membawa nombor pengenalan unik bagi membantu keluarga pesakit berkenaan mencari orang tersayang mereka yang hilang, menurut pejabat kebajikan sosial di bandar ini.

Pelekat berkod untuk kuku ini, sebahagian daripada perkhidmatan percuma yang dilancarkan bulan ini dan yang pertama di Jepun berukuran hanya satu sentimeter (0.4 inci).

“Dapat meletakkan pelekat itu pada kuku adalah satu kelebihan yang besar,” kata seorang pekerja bandar kepada AFP.

Cip itu mampu melekat dalam tempoh purata dua minggu, walaupun ia basah.

Jepun berdepan dengan penuaan penduduk yang pesat dengan warga emas dijangka membentuk 40 peratus penduduk sekitar 2060.

Bulan lalu, polis Jepun mula menawarkan diskaun mi di restoran-restoran tempatan kepada warga tua yang bersetuju menyerahkan lesen memandu mereka.

Tawaran itu dibuat ekoran beberapa siri kemalangan maut melibatkan pemandu warga tua, masalah yang semakin meningkat di negara di mana 4.8 juta penduduk yang berumur 75 tahun atau lebih memegang lesen memandu.

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun