Wanita sarat mengandung bersama anak maut dalam kemalangan

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, Husnadia Abdul Razif, 30, yang sarat mengandung lapan bulan dan anaknya, Muhammad Fayyad, disahkan meninggal dunia selepas tersepit dalam kenderaan Perodua Kancil dipandunya.

Sementara itu, pemandu Perodua Viva yang terbabit dalam nahas itu, Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 22, dilaporkan cedera parah manakala rakannya, Syarifah Nadia Sheik Mohd Abdul, 22, luka ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata satu jentera bersama tujuh anggota dihantar ke lokasi selepas menerima laporan kemalangan itu pada jam 7.49 pagi.

Katanya, bomba mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu meninggal dunia.

Difahamkan, Husnadia bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Kalumpang. –BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap