Wanita rela kudung demi wang insurans

Mei lalu, wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Ly Thi N, berpura-pura dilanggar kereta api.

Namun kini beliau dilaporkan mengaku membayar AS$2,200 (RM8,881) kepada seorang rakan supaya memotong anggota tubuhnya.

Tujuan beliau adalah untuk menuntut lebih AS$150,000 (RM605,550) daripada syarikat insurans.

Rakan wanita itu, Doan Va D, yang memotong anggota tubuhnya, berpura-pura menghubungi ambulans selepas ‘menemui’ mangsa di atas landasan kereta api di Hanoi.

Gambar yang disiarkan akhbar rasmi polis menunjukkan wanita itu selepas tiga bulan, dengan kecederaannya sudah sembuh.

Media melaporkan beliau dipercayai mengendalikan perniagaan bermasalah.

Kes luar biasa itu membawa kepada perbahasan panas dalam media sosial di negara itu.

“Kes tipikal penipuan insurans. Jenaka yang cuma berlaku di Vietnam.

“Hilang 50 juta, satu tangan, satu kaki dan kini berisiko ke penjara. Tiada manfaat langsung,” kata pengguna Facebook, Ly Phan.

Beberapa pengguna lain mengecam wanita itu kerana mengambil langkah berkenaan manakala yang lain mempersoalkan sejauh mana beliau terdesak sehingga tergamak berbuat demikian. – Agensi

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun