Wanita paling ramai sengsara dalam tuntutan nafkah

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata kajian menunjukkan wanita bukan sahaja perlu berurusan di mahkamah khususnya Mahkamah Syariah untuk menuntut keadilan, tetapi juga terpaksa menjaga anak-anak.

“Pada saat kita mementingkan agenda sosial dan pembangunan keluarga yang kukuh sebagai teras pembangunan negara, kehidupan yang tidak mengamalkan konsep keadilan serta muafakat pula boleh membawa keruntuhan institusi kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Mesra Informasi JKSM 2016 di Kompleks UMNO Uthmaniyah, Pulau Lima, di Pasir Puteh pada Sabtu.

Program dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Siri program berkenaan diadakan di seluruh negara bertujuan menyebarkan maklumat berkaitan perkhidmatan kes Mahkamah Syariah seperti tuntutan nafkah, isu hartanah, bantuan sokongan keluarga dan khidmat bantuan guaman.

Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syarie, berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) diwujudkan pada 2010 bertujuan membantu wanita khususnya isteri membuat tuntutan nafkah di mahkamah.

“Sebelum ini, banyak berlaku tunggakan kes penguatkuasaan perintah nafkah, namun dengan adanya bahagian khas ini, kes berkenaan semakin berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, dalam menjalani kehidupan berkeluarga, setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan hak masing-masing yang perlu difahami dengan jelas, memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia