Wanita nyaris disambar ular sawa

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, pekerja terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 47, berkata, kejadian berlaku ketika dia ingin memberi makan kepada lebih 50 ayam serta beberapa rusa dan kambing peliharaan majikannya.

Menurutnya, sebaik masuk ke reban, dia terkejut melihat ular sawa sepanjang tiga meter berada diatas kepalanya yang bersedia untuk menyambar.

“Sewaktu berada dalam reban memang tiada bunyi pelik didengari, namun saya tertanya-tanya mengapa semua ayam berkumpul di satu tempat.

“Belum sempat makanan ditabur saya terkejut dan hampir jatuh apabila melihat ular sawa berada diatas kepala. Mujur saya pantas berundur dan menjerit keluar dari reban terbabit sebelum menghubungi majikan,” katanya ketika ditemui, Isnin. – Harian Metro

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia