Wanita Maut Dalam Kemalangan Dengan Treler

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut apabila Myvi yang dinaiki bersama lagi dua individu merempuh sebuah treler muatan air kotak yang sedang berhenti di tepi jalan di Kilometer 35, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) dekat Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Noor Habibi Hamid, 55, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dan dua pemandu serta penumpang pula cedera.

“Pemandu lelaki merupakan anak saudara mangsa berusia 24 tahun mengalami kecederaan di kepala dalam nahas pukul 8.15 pagi tadi.

“Seorang penumpang lagi wanita berusia 19 tahun cedera dan patah lengan kiri, leher bengkak, luka besar di kaki kiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemandu treler berusia 46 itu tidak mengalami kecederaan.

Menurut Azli, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu MyVi hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebuah treler di parkir tepi jalan.

Kedua-dua mangsa yang tercedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut dan mayat mangsa dibawa ke unit forensik untuk bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia