Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang, wanita berusia 49 tahun itu dikatakan membawa sejumlah sampah dari tingkat bawah ke kediamannya sebelum bertindak membakar longgokan sampah berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebanyak lima jentera dengan 36 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, api sudah marak namun kita mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran.
“Kedua-dua penghuni rumah berkenaan iaitu suami isteri dilaporkan selamat selepas berjaya keluar sejurus kebakaran itu berlaku. Hasil siasatan awal, punca kebakaran disebabkan keadaan wanita yang kurang siuman namun kita akan menunggu laporan dari pihak forensik,” katanya di sini.