Wanita baring atas landasan kereta api tiga minit elak maut

Lebih mencemaskan, mangsa yang dikenali sebagai Reeta mengharungi detik-detik ngeri itu bersama anak perempuannya di Madhya Pradesh.

Kejadian berkenaan bermula apabila Reeta dan anaknya terkandas antara dua gerabak kereta api barang yang tidak bergerak ketika melintas landasan tersebut.

Disebabkan menunggu terlalu lama, Reeta mengambil keputusan untuk merangkak masuk bahagian bawah kereta api dengan harapan dapat melintas lebih cepat.

Namun sebaik berada di bawah kereta api berkenaan, kenderaan itu mula bergerak menyebabkan Reeta panik tetapi dia sempat menolak anaknya keluar dari landasan.

Dia sendiri tidak sempat untuk keluar tetapi mengambil langkah berbaring di landasan sambil menunggu kereta api sepanjang 38 gerabak tersebut melewatinya.

Kejadian cemas itu sempat dirakamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di situ dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Reeta selain membiarkan kereta api berkenaan berlalu pergi.

Selepas tiga minit, Reeta akhirnya dapat keluar dari landasan sambil dibantu oleh orang ramai dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walapun terselamat dan dipuji oleh orang ramai atas semangatnya, Reeta dilihat menggigil seluruh tubuh dan tidak henti-henti menangis sambil memeluk anak perempuannya. -Mail Online

Video: https://www.youtube.com/watch?v=qU6MLDCi5qYÂ

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah