Muhammad berkata, BNM memerlukan sedikit masa bagi menghabiskan (pengedaran) wang kertas sedia ada yang memaparkan tandatangan mantan gabenor dan digantikan dengan wang kertas baru.
“Sebaik stok (wang kertas sedia ada) selesai diedarkan, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Proses ini memakan masa kira-kira dua hingga tiga bulan,” katanya selepas majlis pelancaran pameran “Works on Paper: Art Inside the Wallet” di Kuala Lumpur pada Khamis.
Sebanyak 30 wang kertas berusia seawal abad 14 hingga 21 dari 10 negara dipamerkan mulai hari ini hingga 30 November di Muzium dan Galeri Seni BNM.
Pameran itu menyentuh keunikan aspek reka bentuk dan ciri keselamatan wang kertas serta menyingkap kisah nilai dan identiti kebangsaan sesebuah negara pada satu-satu masa, menyamai mesej disampaikan paparan hasil seni.
Ketika berucap, Muhammad berkata, wang kertas sesebuah negara adalah unik dan menjadi simbol identiti negara berkenaan.
“Wang kertas menggabungkan aspek semula jadi serta sudut budaya negara itu selain sisi sejarah, masyarakat, ekonomi dan teknologi,” katanya. – Bernama