Wan Azizah tidak berfikiran strategik seperti Azmin

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, strategik Azmin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN akan memberi harapan yang lebih cerah kepada pembangkang untuk merampas kerusi Parlimen tersebut.

“Aneh dan pelik juga apabila Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden PKR langsung tiada pemikiran strategik berbanding Azmin dalam menentukan parti mana patut bertanding.

“Saya rasa Azmin pasti kecewa dengan situasi ini selain tekanan daripada DAP, PAS serta kumpulan penyokong Wan Azizah dari dalam PKR sendiri,” katanya seperti dilapor portal BNBBC.

Malah kata ahli Parlimen Johor Bahru itu, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP juga turut membelakangi strategik Azmin untuk memastikan satu lawan satu dan menawan kerusi parlimen Sungai Besar.

“Azmin tentu melihat PKR boleh menyaingi calon BN. Dengan jentera kerajaan negeri dan disokong sekutu dari DAP, PAN (AMANAH) serta PAS, beliau percaya PKR boleh bertembung satu lawan satu dengan BN,” katanya.

Kerusi Sungai Besar akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang akan menentang Dr. Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak. Pada pilihan raya umum lepas, Noriah mengalahkan lawannya daripada PAS dengan hanya 399 undi.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang