Wan Azizah doakan Mahathir cepat sembuh

Wan Azizah berkata, doa itu dipohon agar sebarang bentuk jalinan kerjasama politik bersama parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditunjangi oleh Mahathir dapat segera dijalin oleh PKR.

“Kalau kita lihat ‎suasana politik Malaysia, BN satu kuasa yang meneraju kerajaan sejak merdeka jadi apa-apa yang nak kita buat perubahan mestilah bersatu.

“Kita lihat sejarah kita dalam 2013 Pakatan Rakyat pada masa itu membentuk satu bentuk pakatan pembangkang dan kita dapat undi popular…

“Kita alu-alukan kerjasama dengan ‎Tan Sri Muhyiddin Yassin parti baharu beliau dan kita doakan Tun Mahathir sihat supaya kita teruskan bersama‎,” katanya dengan memetik laporan Sinar Harian Online.

Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.

Bersatu dilapor akan dipengerusikan oleh Mahathir manakala Muhyiddin dinamakan sebagai presiden.

Sementara bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal menjawat jawatan timbalan presiden. – Sinar Harian

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri