Wahid mahu kembali ke dunia korporat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan, berkata adalah menjadi hasrat Abdul Wahid untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal ketika beliau menerima pelantikan ini pada 2013.

“Saya menerima keputusan Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada 2013. Namun Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu.

“Saya telah memaklumkan keputusan ini kepada Kabinet hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abdul Wahid atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.

“Saya yakin dan percaya beliau akan terus memberi sumbangan terhadap usaha pembangunan negara,” katanya.

Abdul Wahid dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri