Wad lelaki Hospital Raja Permaisuri Bainun dikosongkan akibat litar pintas

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira 11.16 malam.

Dr. Noor Hisham berkata, tiada sebarang kecederaan sama ada membabitkan pesakit atau kakitangan hospital dilaporkan berlaku.

“Pihak hospital telah memindahkan pesakit ke wad lain dan kajian keselamatan serta pendawaian sedang dijalankan,” katanya di Ipoh pada Khamis. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia