Visa palsu ke India

Ini berikutan amaran kerajaan India tentang kewujudan sindiket penipuan visa India yang sedang berleluasa dalam laman web internet sejak akhir-akhir ini.

Maklumat terbaharu kerajaan itu membongkar mengenai kewujudan laman web palsu dalam internet tentang permohonan visa ke India yang memperdaya dan menipu orang ramai yang ingin ke negara itu.

Dalam satu kenyataan di sini oleh Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, kerajaan India tidak mengiktiraf laman web seperti itu untuk menyediakan permohonan visa seperti yang sedang viral dalam internet.

Ramai dilaporkan terjejas kerana terpedaya selepas menggunakan khidmat laman web palsu yang tidak dikiktiraf oleh kerajaan India.

Satu-satunya laman web permohonan visa yang sah dan diiktiraf oleh India ialah http://www.indianvisaonline.gov.in/visa/ yang mana borang permohonannya boleh dimuat turun dengan mudah tanpa sebarang caj.

Pemohon visa hanya dikenakan bayaran visa dan borang yang diisi lengkap perlu diserahkan kepada pegawai bertugas di Suruhanjaya Tinggi itu atau penyedia khidmat luaran yang diiktiraf kerajaan India di sini.

Agen yang setakat ini diiktiraf bagi tujuan itu ialah I.V.S. Global yang kini menyediakan khidmat diseluruh negara.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi e-mel ke KL@indianvisa.com.my dan orang ramai dinasihatkan sekali lagi oleh kerajaan India supaya tidak terpedaya dengan mana-mana iklan atau khidmat palsu berkaitan visa India. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal