Viral lelaki dipukul bukan polis atau SPRM

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata individu dalam rakaman yang menjadi viral di media sosial itu bukan anggota polis, malah ia langsung tidak membabitkan kes SPRM mahupun mana-mana pegawai SPRM seperti yang didakwa.

Sebaliknya, beliau berkata, semakan mendapati lelaki yang berpakaian baju T berwarna hitam tertera tulisan ‘PDRM’ itu sebenarnya adalah orang awam yang menyamar sebagai anggota polis dan terbabit dalam satu kes curi motosikal di Kuantan, Pahang pada September lalu.

“Dia (suspek) ditangkap oleh orang awam di Rawang, Selangor pada 5 Oktober lalu dan kemudian diserahkan kepada polis.

“PDRM memandang serius berita palsu sebegini kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara agensi. Ia juga berupaya mencalar kredibiliti PDRM dan SPRM, sekali gus menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kedua-dua agensi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru, Asmawati menasihati orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau mesej viral serta berkongsi maklumat tidak sahih dan meragukan.

Rakaman berdurasi 39 saat itu memaparkan seorang lelaki memakai baju T dengan perkataan ‘PDRM’ dipukul sekumpulan lelaki di satu lokasi tidak dinyatakan, tetapi berdasarkan rakaman ia berlaku di sebuah stesen minyak.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap