VIP tidak terlepas tindakan undang-undang

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan terutama agensi penguatkuasa tidak pilih warna atau bulu apabila ia melibatkan usaha menangani kegiatan haram.

“Jika ada pihak di Dewan Rakyat yang menjadi penaung pertubuhan seumpama itu, bersiap sedialah untuk berdepan kemungkinan dengan undang-undang negara,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Barisan Nasional -Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek di Parlimen, pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau sedia maklum adanya pihak yang beroperasi di sebalik pertubuhan berasaskan agama.

“Kerajaan tidak akan berkompromi, tindakan akan diambil.

“Saya berjanji, selagi saya mengetuai Kementerian Dalam Negeri, saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya sambil disambut tepukan wakil rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, 49 kumpulan didapati beroperasi secara haram dan tindakan telah diambil terhadap mereka.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PAS- Bukit Gantang, Idris Ahmad, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya akan terus memantau semua pihak termasuk persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Mereka bukan sahaja terikat dengan Akta Pertubuhan tetapi melalui perundangan negara ini secara keseluruhannya. Jika melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang, tindakan akan diambil.

“Apabila tindakan diambil, jangan pula menuduh kerajaan berlaku kejam pula kerana kumpulan haram ini bertindak kejam terhadap rakyat negara ini,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri