Beliau yang dikenali sebagai PU Faiz, 27 berkata adalah tidak wajar meletakkan rokok sebagai satu pembaziran kerana ada sebilangan masyarakat yang mendapat manfaat keatasnya.
Melalui klip video yang dimuatnaik oleh ‘Online Majlis Ilmu’ di laman sosial, PU Faiz turut mendakwa wajib untuk seseorang itu menghisap rokok sekiranya ia bertujuan untuk mencari nafkah untuk keluarganya.
Walaupun dikecam hebat di laman media sosial PU Faiz tetap mempertahankan hujah mengenai hukum merokok itu.
Penceramah bebas itu sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan seorang penceramah wanita, dua bulan lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No. 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4 Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang, 29 September lalu.