VIDEO: Ahli Parlimen dakwa Shafie ambil alih Parti Cinta Sabah

Menurut seorang ahli parlimen Sabah ketika dihubungi sebentar tadi berkata, mengikut perancangan awal Shafie sebelum ini berhasrat untuk mengambil alih parti USNO namun hasrat itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

“Sebelum ini saya dimaklumkan Shafie akan mengambil alih parti USNO untuk menarik kembali bekas ahli parti itu yang telah menyertai UMNO.

“Namun hasrat itu terpaksa dibatalkan setelah beberapa siri perjumpaan dan perbincangan mengenainya menemui kegagalan namun PCS kemudianya bersetuju memberi laluan kepada Shafie untuk menerajui parti itu,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa Shafie beberapa orang ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan turut menyertai Shafie.

“Ya, selain Darell akan ada lagi yang turut menyertai Shafie untuk mewujudkan persepsi gabungan yang baru dibentuk ini kuat.

“Namun buat masa ini, biarlah terus menjadi teka-teki sehingga Shafie membuat pengumuman rasmi mengenai,” ujarnya lagi.

Sementara itu Adun Moyog, Terence Siambun turut dikatakan akan mengikut jejak langkah ahli Parlimen Penampang Darell Leiking meninggalkan PKR untuk menyertai Shafie.

Menurut sumber Terence telah menyerahkan surat kepada PKR bagi memaklumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung spekulasai itu sambil menegaskan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Shafie ketika hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini memaklumkan bahawa akan mengambil alih sebuah parti politik yang berpengkalan di Sabah.

Meskipun tidak memaklumkan secara tepat nama parti yang berpengkalan di Sabah itu namun, Parti Cinta Sabah (PCS) adalah yang paling hampir dengan pembayang yang diberikan oleh Shafie.

Beliau hanya memberitahu kepada pemberita bahawa parti sedia ada itu ditubuhkan pada tahun 2013.

https://www.youtube.com/watch?v=tpk1IkcgUGI

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron