VIDEO: Perbahasan pertama Budiman sebagai Ahli Parlimen

Dalam perbahasan tersebut, Budiman menekankan soal keperluan untuk memasukkan Kajian Impak Sosial (SIA).

“Bayangkan jika kerajaan Selangor membuat pendirian untuk melaksanakan tebus guna tanah di kawasan Sungai Besar. Apakah masa depan nelayan pantai di pesisir pantai?,” soalnya.

Ini merupakan kali pertama Budiman berbahas di Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada Isnin lalu.

Budiman sah bergelar ahli Parlimen Sungai Besar yang baru selepas menewaskan calon PAS, Dr. Rani dan calon Amanah, Azhar Syukor dengan majoriti 9,191 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun lalu.

PRK diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak pada April lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=fjwLQ53dzas

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron