Lima puluh pekerja Supermarket Fung Ming di Batu 16 Jalan Labuk di sini hilang pekerjaan selepas premis satu tingkat itu musnah terbakar hari ini.
Ini merupakan kebakaran kedua membabitkan pasar raya milik syarikat sama dengan yang pertama di Batu 8 Jalan Labuk pada 20 Sept lepas dan menyebabkan 90 pekerja di premis itu hilang pekerjaan.
Pemilik pasar raya itu Chin Kui Ming berkata, dalam kebakaran pertama yang berlaku di premis di Batu 8 Jalan Labuk, kerugian dianggarkan kira-kira RM10 juta
(BERNAMA)
https://www.youtube.com/watch?v=24KDPIlzw1E&feature=youtu.be