Video mabuk diviral punca doktor dipecat

Anjali Ramkissoon, seorang doktor perubatan hilang kawalan pada mula menyerang seorang pemandu teksi Uber dan merampas kereta pemandu itu.

Doktor wanita itu juga dikatakan membuang kesemua barangan peribadi milik pemandu teksi itu keluar daripada kereta sebelum berlalu pergi meninggalkan pemandu teksi dan perakam video.

Perbuatannya dirakam oleh seorang individu yang menghubungi pemandu teksi Uber tersebut.

Menurut si perakam video, dia sepatutnya menaiki teksi itu sebelum Anjali muncul dan berkelakuan ganas terhadap pemandu itu.

Anjali dikatakan mabuk pada malam itu dan tidak sedar apa yang dilakukannya.

Video berdurasi hampir lima minit itu dimuatnaik ke Youtube dan ditonton hampir tujuh juta penonton setakat ini.

Anjali yang dijemput ke satu rancangan televisyen tampil menjelaskan insiden tersebut.

Menurut Anjali, sebaik sahaja sedar tentang perlakuannya, dia berusaha menghubungi pemandu teksi itu untuk meminta maaf.

“Saya tak tahu apa yang sudah saya lakukan. Saya baru sahaja putus hubungan dengan teman lelaki dan bapa saya pula dimasukkan ke hospital. Minda saya berkecamuk,” kata Ramkissoon yang dipetik menerusi portal cnet.com.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah