VIDEO: Lelaki paling tua di dunia ‘mahu mati’

Menurut dokumen dari kerajaan Indonesia, Mbah Gotho dilahirkan pada 31 Disember 1870 dan kini sudah berusia 145 tahun.

Laporan Liputan 6 mengatakan ramai anak Mbah Gotho sudah meninggal dunia sebelum dirinya.

“Apa yang saya mahu cuma kematian. Cucu-cucu saya semuanya sudah besar,” kata Mbah Gotho kepada Liputan 6.

Salah seorang cucu Mbah Gotho, Suryanto sudah membuat persiapan untuk kematian Mbah Gotho ketika usianya 122 tahun, namun umur Mbah Gotho masih panjang.

“Batu nesan tersebut dibuat pada 1992. (Ini bermakna) sudah 24 tahun berlalu,” kata Mbah Gotho.

Walaupun kakitangan di jabatan rekod Indonesia mengesahkan tarikh lahir dan umur Mbah Gotho, beliau masih belum diklasifikasikan sebagai ‘lelaki paling tua di dunia’.

Badan bebas perlu mengesah kesahihan rekod Mbah Gotho sebelum beliau boleh digelar ‘paling tua di dunia’.

https://www.youtube.com/watch?v=XtGLp8ApPUk&feature=youtu.be

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun