Van terbakar bukan diletupkan, kata polis

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, tindakan mereka yang‎ menyebarkan berita palsu itu hanya menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Van yang terbakar itu (menerusi gambar yang disebarkan) bukan milik polis dan tiada anggota yang cedera seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi.

Zainol berkata gambar disebarkan itu adalah kejadian yang berlaku semalam (11 Julai).

“Ketika kejadian, pemilik van itu yang baru tiba dari Kedah telah melalui Jalan TAR, sebelum bahagian enjin vannya itu tiba-tiba terbakar dan merebak ke keseluruhan kenderaan itu. Tiada unsur kianat,” katanya.

Beliau menegaskan mereka yang bertindak menyebarkan berita palsu itu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia