Van Gaal mahu menang Piala FA, hadiah kepada penyokong MU

Menurutnya, ini adalah peluang terbaik The Red Devils menjulang kejuaraan seterusnya membalas kepercayaan yang telah diberikan penyokong kepada pemain dan seluruh pengurusan pasukan itu.

“Saya rasa perkara paling penting adalah memenangi Piala FA untuk peminat kami. Memang ia adalah sasaran saya untuk cuba memenangi sekurang-kurangnya satu trofi musim ini tetapi ia bukan untuk didedikasikan kepada saya, tetapi kepada peminat yang tidak pernah berputus asa dengan kami.

“Saya tahu Piala FA terakhir yang dimenangi United adalah pada 2004, ia sudah lama. Peminat tentu mahukan Piala FA ini kembali kepada United,” katanya.

Sebelum ini, hubungan antara Van Gaal dan peminat United agak keruh apabila dia diminta meletakkan jawatan susulan prestasi hambar dipamerkan pengurus kelahiran Belanda itu.

Justeru, kemenangan Piala FA awal pagi esok bakal memastikan jawatannya di Old Trafford sedikit selamat selain mengendurkan ketegangan dengan peminat United.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2