Van Gaal bakal tinggalkan United?

Memetik laporan portal Mirror, kelibat Van Gaal tidak langsung kelihatan didalam video tersebut.

Desas-desus masa depan Van Gaal bersama The Red Devil bertiup kencang ikutan daripada prestasi terumbang-ambing pasukan yang pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali tersebut.

Malahan, suatu ketika, nama bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho disebut-sebut sebagai pengganti Van Gaal.

Malah, pembantunya Ryan Giggs juga merupakan antara calon pilihan ramai untuk mengambil alih tempat Van Gaal.

Penyokong United bagaimanapun masih berbelah bahagi siapakah pengurus pilihan mereka untuk menggantikan bekas pengurus pasukan kebangsaan Belanda tersebut.

Walaupun mempunyai rekod memberangsangkan di setiap kelab yang pernah dibimbingnya, taktikal Mourinho yang disifatkan negatif dilihat tidak bersesuaian oleh penyokong setia United.

Manakala kekurangan pengalaman Giggs mungkin menjadi antara sebab pemegang rekod penampilan terbanyak dalam jersi United itu untuk menjawat jawatan pengurus.

Van Gaal masih mempunyai kontrak bersama United sehingga musim akan datang.

Ketika ini, harapan United untuk melayakkan diri ke Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bergantung kepada aksi mereka dalam Liga Perdan Inggeris setelah kepada musuh ketat Liverpool dengan agregat 1-3 dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa.

United kini di tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris, satu mata dibelakang Manchester City di tempat keempat, posisi terakhir yang menawarkan tempat bagi kejohanan elit kelab Eropah.

Bagaimanapun, satu-satunya peluang United meraih piala musim ini adalah menerusi Piala FA dimana United akan berkunjung ke Boleyn Grown dalam perlawanan timbal balik pusingan keenam setelah seri 1-1 di Old Trafford sebelum ini.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2